Saturday August 12, 2017
1:38 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Hujan meteor kelihatan di pergunungan Smetovi dekat Kraljevine, Bosnia, 12 Ogos 2015. Fenomena sama dapat dilihat di Malaysia bermula tengah malam ini.—Foto ReutersHujan meteor kelihatan di pergunungan Smetovi dekat Kraljevine, Bosnia, 12 Ogos 2015. Fenomena sama dapat dilihat di Malaysia bermula tengah malam ini.—Foto ReutersKUALA LUMPUR, 12 Ogos — Orang ramai boleh menyaksikan hujan meteor yang bakal menghampiri Malaysia dengan mata kasar awal pagi esok.

Fenomena alam itu, yang berlaku setiap tahun, boleh disaksikan seawal jam 12.30 pagi tanpa menggunakan teleskop khas, lapor Kosmo!.

Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara berkata sejumlah 200 buah hujan meteor dijangka melintasi bumi pada waktu itu.

“Menariknya orang ramai dapat melihat ratusan meteor yang jatuh melintasi bumi hanya menggunakan mata kasar tanpa perlu menggunakan teleskop khas,” kata Dr Noordin Ahmad.

Fenomena itu dianggap perkara biasa dan sering berlaku pada Ogos hingga September setiap tahun, sekaligus menolak ia hujan meteor terbesar di bumi.

Portal The Star Online menyenaraikan enam lokasi yang dijangka dapat melihat taburan meteor malam ini, antaranya Cameron Highlands di Pahang, Tanjung Simpang Mengayau (Sabah), dan Kampung Teluk Pelanduk (Port Dickson).

Lokasi lain adalah di Pantai Malindo Pulau Pinang, Pulau Tioman di Mersing (Johor), dan Sekinchan (Selangor).

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline