Friday November 10, 2017
8:31 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Pasangan suami isteri terpaksa meninggalkan rumah mereka di Kuala Terengganu selepas hujan menyebabkan banjir, 18 November 2014. ― Foto BernamaPasangan suami isteri terpaksa meninggalkan rumah mereka di Kuala Terengganu selepas hujan menyebabkan banjir, 18 November 2014. ― Foto BernamaKUALA LUMPUR, 10 Nov ― Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh di Malaysia dijangka bermula Isnin ini (13 November) hingga Mac 2018 dengan hujan lebat diramalkan berlaku di Pantai Timur semenanjung serta Sabah dan Sarawak.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini, empat hingga lima episod hujan lebat dijangka berlaku pada musim tengkujuh kali ini.

‘’Episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor pada November dan Disember 2017.

“Pada Disember 2017 dan Januari 2018, episod hujan lebat dijangka lebih tertumpu di barat Sarawak serta utara dan timur Sabah,’’ menurut METMalaysia dalam kenyataan.

Ia berkata semasa Monsun Timur Laut, hujan berterusan untuk tempoh sehingga tiga hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan berkedudukan rendah dan kawasan cenderung banjir.  

“Sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang, risiko kejadian banjir akan menjadi lebih buruk,” kata jabatan itu.

Ia menasihatkan orang ramai agar lebih berwaspada dan bersiap siaga dalam menghadapi musim tengkujuh ini serta sentiasa peka dengan amaran hujan lebat yang dikeluarkan METMalaysia melalui laman web www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, Facebook: malaysiamet, Twitter: @malaysianmet, perkhidmatan SMS 15888 dan MMD Hotline di talian 1 300 22 1MET (1638). ― Bernama

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline