Last updated Thursday, February 23, 2017 1:10 pm GMT+8

Wednesday January 11, 2017
11:33 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Seorang isteri dikejarkan ke hospital di Kuala Pilah setelah didapati tidak sedarkan diri selepas mengelar tangan sendiri. — Paparan skrin Google Seorang isteri dikejarkan ke hospital di Kuala Pilah setelah didapati tidak sedarkan diri selepas mengelar tangan sendiri. — Paparan skrin Google KUALA PILAH, 11 Jan — Apabila hubungan sulit bersama lelaki lain terbongkar, seorang isteri cuba membunuh diri dengan mengelar tangannya dengan objek tajam.

Selepas bertengkar dengan suaminya, 27 tahun, yang mengetahui kecurangan tersebut melalui mesej WhatsApp, wanita itu mengunci diri di dalam bilik, lapor Sinar Harian.

“Si isteri telah bertindak mengugut suaminya untuk mencederakan dirinya sekiranya tidak memulangkan telefon bimbitnya,” kata satu sumber.

Kejadian jam 3 pagi semalam di rumah mereka di Kampung Seberang Pekan di sini dilaporkan kepada polis apabila lelaki terbabit terdengar bunyi objek pecah di dalam bilik.

Pemeriksaan polis mendapati isteri itu sudah terbaring di lantai bilik tidur dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan tangan kiri berlumuran darah.

Wanita itu, 26 tahun, dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah di sini untuk rawatan lanjut.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline