Last updated Tuesday, December 06, 2016 9:58 pm GMT+8

Wednesday November 30, 2016
4:02 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Pelakon berkulit hitam manis Ainul Aishah tidak pernah terfikir untuk mengambil suntikan mencerahkan kulit. — Foto ihsan Instagram/Pelakon berkulit hitam manis Ainul Aishah tidak pernah terfikir untuk mengambil suntikan mencerahkan kulit. — Foto ihsan Instagram/KUALA LUMPUR, 30 Nov ― Menganggap berkulit hitam membuatkan dirinya kelihatan lebih seksi, pelakon Ainul Aishah tidak obses dengan suntikan untuk memutihkan kulit.

Pemilik nama Ainul Aishah Azizun,31, sebaliknya bangga dengan tona kulit semula jadi dan hanya mengambil suntikan vitamin C untuk kekalkan kesihatan kulit.

“Dalam situasi banyak wanita sekarang begitu obses untuk berkulit putih sehingga sanggup berhabis duit bagi tujuan itu, saya pula selesa dengan tona kulit saya yang gelap kerana pada saya ia sesuatu yang seksi dan unik,” katanya seperti dilapor mStar Online.

“Jujur, saya tidak pernah ada niat untuk mendapatkan rawatan pemutihan kulit dalam apa jua kaedah selain hanya mengambil suntikan vitamin C agar kulit menjadi sihat, bersih dan bermaya.”

Pelakon drama “Lara Aishah” juga tidak ambil kisah dengan persepsi negatif masyarakat dan percaya wanita berkulit gelap mampu tampil menawan jika kena dengan gaya.

“Saya seorang yang ringkas tetapi saya tahu bagaimana untuk tampil menarik dalam cara saya sendiri, jadi mengapa saya harus berasa rendah diri bukan?” kata penyanyi “The Old Him” ini.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline