Last updated Saturday, December 10, 2016 9:01 am GMT+8

Friday December 2, 2016
11:13 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Baharin Saleh dianggap kebal kerana cubaan menahannya sejak 20 tahun lalu gagal kerana kebocoran maklumat ― Foto ihsan Facebook Hamizi Abdul HamidBaharin Saleh dianggap kebal kerana cubaan menahannya sejak 20 tahun lalu gagal kerana kebocoran maklumat ― Foto ihsan Facebook Hamizi Abdul HamidKUALA LUMPUR, 2 Dis ― Seorang lelaki warga emas yang dianggap kebal dan disyaki ketua ajaran sesat di Negeri Sembilan ditahan penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEINS).

Warga emas itu Baharin Saleh, 89, atau lebih dikenali Pakcu Baharin ditahan ketika menyampaikan ceramah agama kepada pengikutnya di surau Lubuk Mengkuang dekat Kuala Pilah 10.30 malam semalam, lapor portal Harian Metro.

Selain dikatakan mempunyai kitab sendiri, Baharin dikehendaki JHEINS ekoran ajaran yang disampaikan bercanggah dengan pengertian al-Quran serta tidak mempunyai tauliah.

Pada 1990-an Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memfatwakan ajaran dibawa Baharin sebagai sesat dan melanggar akidah.

Pihak berkuasa yang cuba menahannya sejak 20 tahun lalu sering menemui kegagalan akibat kebocoran maklumat menyebabkannya melarikan diri.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline