Last updated Friday, December 09, 2016 12:00 am GMT+8

Tuesday November 29, 2016
10:43 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Persatuan Bekas Kakitangan Imigresen berkata kerajaan tidak perlu bergantung kepada pekerja Myanmar kerana masih ada lagi pekerja asing dari negara jiran. — Foto BernamaPersatuan Bekas Kakitangan Imigresen berkata kerajaan tidak perlu bergantung kepada pekerja Myanmar kerana masih ada lagi pekerja asing dari negara jiran. — Foto BernamaALOR STAR, 29 Nov — Kerajaan digesa membatalkan dasar pengambilan pekerja asing warga Myanmar sebagai reaksi awal membantah kekejaman dan penindasan dilakukan terhadap etnik minoriti Rohingya di negara itu ketika ini.

Presiden Persatuan Bekas Kakitangan Imigresen Malaysia, Che Hassan Che Johan berkata, kebergantungan pada pekerja asing dari negara itu adalah tidak perlu memandangkan masih ramai pekerja asing dari negara jiran yang boleh mengisi pekerjaan di pelbagai sektor di negara ini.

“Kami juga mendesak kerajaan agar menghentikan lanjutan permit kerja kepada warga Myanmar yang bekerja di negara ini,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau yakin, Menteri Dalam Negeri yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempunyai hak dan keupayaan untuk mengambil tindakan tersebut atas dasar kemanusiaan sejagat. — Bernama

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline