Friday November 10, 2017
10:22 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Uqasha berharap hubungan dengan Hefny dapat disatukan agar persahabatan diikat dengan perhubungan sah. ― Foto oleh Hasbullah Awang ChikUqasha berharap hubungan dengan Hefny dapat disatukan agar persahabatan diikat dengan perhubungan sah. ― Foto oleh Hasbullah Awang Chik

KUALA LUMPUR, 10 Nov ― Pelakon Uqasha Senrose menafikan percintaannya bersama Pekin Ibrahim kembali bertaut selepas enam tahun berpisah.

Uqasha, nama popular Nik Zaris Uqasha Nik Sen, berkata beliau bersama Pekin hanya dalam penggambaran filem arahan Mamat Khalid baru-baru ini.

“Itu semua khabar angin, tidak betul. Saya pun terkejut. Kami memang tiada apa-apa cuma kerja bersama.

“Bila dengar gosip itu saya terkejut kerana tiada maknanya. Kisah saya dengan Pekin sudah enam tahun berlalu.

“Saya profesional dan saya anggap dia sebagai kawan,” katanya ketika ditemui ProjekMMO selepas Anugerah Skrin 2017 minggu lalu.

 

 

@infinitusproductions #puteribunian watak Puteri lagi hehehehe and my abang Husain 💋

A post shared by UQASHASENROSE (@uqashasenrose2) on

 

Uqasha, kakak Nelydia Senrose, membawakan watak puteri bunian dalam filem Hantu Kak Limah yang menjalankan penggambaran di Perak.

Pelakon drama Hero Seorang Cinderella berkata walau terkejut dengan gosip tersebut namun hubungannya dengan pengacara Hefny Sahad tidak terjejas.

“Dengan siapa saya hendak berlakon, dia [Hefny] tidak pernah halang asalkan saya tahu jaga diri dan dia sangat percayakan saya.

“Hefny sangat memahami. Dia tiada masalah dan dia tidak menyusahkan kerja saya,” kata pelakon drama Dan Hati Pun Berkata.

Sementara itu, Hefny berkata tiada halangan untuk Uqasha berlakon bersama Pekin kerana hubungan cinta mereka sudah lama berlalu.

“Dia [Uqasha] ada beritahu saya. Saya gelak saja kerana benda itu sudah lama. Saya tidak tahu siapa yang wujudkan berita itu," kata pengacara Muzik-Muzik 32.

 

 

🌹1 year ago, today.

A post shared by Hefny Sahad (@hefnysahad) on

 

Uqasha, 25, berkata walau sudah setahun mengenali Hefny dengan lebih dekat namun mereka belum mengisytiharkan hubungan mereka secara rasmi.

Katanya, menjadi harapan hubungan mereka dapat disatukan agar persahabatan mereka diikat dengan perhubungan yang sah.

“Saya sudah lama kenal dia hampir empat tahun tetapi betul-betul bersama baru setahun dan kami tidak isytihar apa-apa takut tidak jadi.

“Sudah setahun bersama tentulah kami mahu ke arah yang halal dan ke hadapan, bukannya kawan kosong,” katanya cermat menyusun kata.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline