Monday June 19, 2017
12:34 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Fiza berkata apa yang penting ialah bakal suaminya nanti perlu memahami kerjaya dunia penyiaran. — Foto ihsan Instagram/FizaFiza berkata apa yang penting ialah bakal suaminya nanti perlu memahami kerjaya dunia penyiaran. — Foto ihsan Instagram/FizaKUALA LUMPUR, 19 Jun — Pengacara TV Fiza Sabjahan masih belum bersedia mencari teman hidup selepas rumah tangga yang dibina gagal tiga tahun lalu.

Fiza, nama popular Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan, berkata jodoh yang tidak panjang itu seperti satu hikmah apabila lebih banyak masa dihabiskan untuk keluarga.

“Mungkin Allah tarik balik [perkahwinan] itu sebab mahu saya beri lebih masa berbakti kepada keluarga.

“Ada yang mahu saya selesaikan dulu. Insya Allah selepas ini saya fikirkan diri sendiri. Bila sudah selesai, mungkin lebih mudah Allah membuka jalan itu.

“Masanya belum tiba cuma hari-hari saya berdoa semoga Allah bukakan hati saya,” katanya kepada ProjekMMO.

 

 

Jumpa kat lrt ara damansara #rapidrailfiesta ya. Booth fizasabjahan.

A post shared by fizasabjahan (@fizasabjahan) on

 

Pengacara Wanita Hari Ini (WHI) itu bercerai pada Januari 2014 selepas hampir empat tahun mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli perniagaan.

Lebih sedekad menempa nama dalam arena pengacaraan, Fiza berpeluang mengacara pelbagai rancangan TV seperti WHI, Nona dan Singgah Sahur.

Fiza, 35, berkata lelaki berharta bukanlah calon pilihannya kerana lebih melihat keluhuran peribadi.

“Kalau ingin mencari orang yang berpangkat dan berharta, menjadi selebriti tidak sukar tetapi bukan itu yang saya cari.

“Siapa yang datang itu rezeki. Saya mahu lelaki biasa tetapi peribadinya luar biasa. Berpangkat dan berharta itu bonus.

“Saya sendiri pun bekerja keras untuk mencari rezeki. Saya mampu bekerja. Dulu pun saya bekerja sebagai pramugari jadi itu bukan pilihan nombor satu saya,” katanya.

 

 

Pengacara Eksperimen Sosial berkata apa yang lebih penting adalah bakal suaminya nanti perlu memahami kerjaya dunia penyiaran.

Katanya, tidak ramai memahami kerjaya personaliti TV terpaksa berkorban demi tugas dan berjauhan dengan keluarga.

“Saya tidak suka orang mengongkong saya. Kadang-kadang kawan pun tidak faham kerja saya, balik malam dan sibuk pada hujung minggu.

“Kalau di peringkat kawan pun tidak faham maknanya tidak sesuai untuk kenal lebih rapat. Seseorang itu juga perlu hormat wanita.

“Wanita itu memang di sisi suami. Saya jenis pandai jaga diri dan maruah suami. Kena percayalah pada saya.

“Saya tidak meletakkan halangan kepada sesiapa untuk berkawan atau mendekati saya. Kalau saya senang dan selesa, saya akan berkawan,” katanya.

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline