Thursday September 14, 2017
12:12 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

BANGI, 14 Sept ― Bekas pesilat negara mengkritik industri perfileman tempatan yang mementingkan artis “wajah tampan, tapi kaku bersilat” dalam lakonan.

Ruzaidi Abdul Rahman, juga pelakon, membandingkan dengan industri filem seperti Thailand dan Indonesia yang “berjaya mengangkat seni bela diri”.

“Filem satu jalan yang berjaya mengangkat seni bela diri sebagai mana kejayaan filem Perantau Wariror dari Indonesia dan Ong Bak dari Thailand,” katanya.

Menurut Harian Metro, beliau juga berkata sukar melihat sebuah filem yang benar-benar dibawa mereka yang memiliki ilmu persilatan 100 peratus.

Ruzaidi mencadangkan pemikiran sedemikian diubah dengan memberi peluang kepada mereka yang memiliki pengetahuan, demi meningkatkan martabat silat Melayu. 

Ruzaidi berkata demikian dalam wacana Seni Silat Melayu: Falsafah, Sejarah dan Amalan di Universiti Kebangsaan Malaysia semalam.

Beliau berlakon dalam filem-filem Abang Long Fadil dan Mantra serta drama bersiri persilatan Keris Hitam Bersepuh Emas.Ruzaidi Abdul Rahman, bekas pelakon dan pesilat negara, mengkritik pelakon yang tampan tetapi tiada kemahiran membawa aksi silat. ― Foto ihsan Facebook/Ruzaidi Abdul Rahman Ruzaidi Abdul Rahman, bekas pelakon dan pesilat negara, mengkritik pelakon yang tampan tetapi tiada kemahiran membawa aksi silat. ― Foto ihsan Facebook/Ruzaidi Abdul Rahman

Artikel-artikel berkaitan

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline