Thursday July 20, 2017
5:14 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Longgokan kontena di sebuah pelabuhan. Empat kontena yang mengandungi daging disita di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor. — Foto Reuters Longgokan kontena di sebuah pelabuhan. Empat kontena yang mengandungi daging disita di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor. — Foto Reuters KUALA LUMPUR, 20 Julai — Satu kontena sahaja yang didapati bercampur daging babi dan kambing, jelas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis).

Ketua pengarahnya berkata tiga kontena lain sekadar memalsukan dokumen kerana mengimport daging dari Sepanyol dan Brazil, lapor portal Utusan Malaysia.

Datuk Mokhtaruddin Husain menjelaskan empat buah kontena sahaja yang telah dirampas atas beberapa kesalahan di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor.

“[...] hanya satu daripadanya yang bercampur di antara daging babi dan kambing.

“Tiga yang lain memalsukan dokumen pengisytiharan kemasukan kerana mengimport daging dari Sepanyol dan Brazil kerana seharusnya semua daging adalah diimport dari Australia,” katanya. 

Selasa lalu, sebuah syarikat import dilaporkan melanggar peraturan dengan mencampur daging kambing dan babi dalam beberapa kontena.

Empat kontena itu dengan berat dianggarkan 120 tan dan bernilai kira-kira RM2 juta disita di pelabuhan itu dalam operasi 17 Julai lalu.

Dalam tiga kontena sejuk beku, ketika dirampas jam 1 tengah hari, daging-daging itu disusun bercampur, lapor Harian Metro.

Mokhtaruddin turut menafikan dakwaan di media sosial yang menyebut 74 kontena yang mengandungi daging babi sudah terlepas pemeriksaan jabatannya.

Orang ramai diseru tidak was-was dengan daging import kerana Maqis memastikan setiap kemasukan daging tersebut selamat, katanya seperti dilaporkan.

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline