Sunday March 19, 2017
3:04 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Motosikal Yamaha LC milik Muhammad Faiz Akmal Mohd Radzali, 19,  yang terbabas masuk ke kawasan perkuburan di Jalan Lendu, Air Paabas, Alor Gajah. — Foto ihsan Facebook/MelayuviralMotosikal Yamaha LC milik Muhammad Faiz Akmal Mohd Radzali, 19, yang terbabas masuk ke kawasan perkuburan di Jalan Lendu, Air Paabas, Alor Gajah. — Foto ihsan Facebook/MelayuviralALOR GAJAH, 19 Mac — Seorang pelajar kolej ditemui maut dalam keadaan sujud atas kubur selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas masuk ke kawasan perkuburan Islam di Jalan Lendu, Air Paabas, di sini, malam kelmarin.

Muhammad Faiz Akmal Mohd Radzali, 19, dipercayai gagal mengawal motosikal ketika tiba di hadapan Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) sebelum terbabas ke kiri jalan, kata ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik  negeri.

“Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC melanggar pagar tanah perkuburan menyebabkannya tercampak ke atas kubur di tempat kejadian,” kata Supt Mohd Sham Abdullah seperti dilapor Sinar Harian.

Mangsa ditemui rakan-rakannya dalam kawasan perkuburan seperti sedang bersujud selepas memberitahu hendak keluar ke kedai membeli mee segera namun tidak pulang-pulang, kata rakan serumah Abdullah Asyiddiq Mohd Johari, 21.

“Kami berasa agak pelik kerana sebelum itu dia baru sahaja pulang dari membeli nasi bungkus. Dia sempat ajak keluar tapi saya tolak.

“Bila Faiz tidak pulang-pulang kami menjadi bimbang lalu keluar mencarinya,” katanya seperti dilapor akhbar itu lagi.

Mangsa dikebumikan di Kampung Bohor Mengkuang, Arau Perlus dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline