Sunday September 17, 2017
8:14 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Polis berkata mangsa tergelincir selepas memanjat tembok letak bunga di tingkat 16 sebuah hotel di Genting Highlands. ― Foto ReutersPolis berkata mangsa tergelincir selepas memanjat tembok letak bunga di tingkat 16 sebuah hotel di Genting Highlands. ― Foto ReutersKUANTAN, 17 Sept ― Seorang pemuda maut setelah terjatuh dari tingkat 16 sebuah hotel di Genting Hinglands dekat sini, semalam dipercayai selepas memanjat tembok untuk mengambil gambar.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohd Nor berkata dalam kejadian 2.50 petang itu, P. Kanesh Naidu, 20, maut serta-merta apabila terjatuh ke tingkat tujuh hotel berkenaan.

"Mangsa dipercayai memanjat tembok letak bunga di tingkat 16 di tempat letak kereta hotel itu, namun telah tergelincir.

"Mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan badan yang konsisten dengan jatuh dari tempat tinggi," katanya semasa dihubungi di sini, semalam.

Kanesh, yang berasal dari Taman Sri Sinar, Kuala Lumpur dan bekerja di sebuah restoran, datang ke pusat peranginan itu bersama-sama tiga rakannya.

Bagaimanapun, semasa kejadian semua rakannya masih berada di dalam kereta dan mangsa dipercayai keluar sendirian sebaik sahaja mereka tiba di kawasan tempat letak kereta itu.

Mohamad Mansor berkata siasatan awal mendapati kejadian itu tiada unsur jenayah. ― Bernama

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline