Monday June 19, 2017
10:18 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Hael pada Februari mengumumkan tiada lagi kerjasama bersama Azhar menerusi Azhael. — Foto oleh Choo Choy MayHael pada Februari mengumumkan tiada lagi kerjasama bersama Azhar menerusi Azhael. — Foto oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR, 19 Jun — Selepas empat bulan kumpulan duo Azhael dibubarkan, penyanyi Hael Husaini sudah pun menemui rakan baharu dalam muzik.

Hael, 29, berkata lagu Jampi hasil ciptaannya bersama Ezra Kong membuatkan mereka serasi dalam penciptaan untuk lagu-lagu berikutnya. 

“Saya sudah jumpa rakan untuk buat muzik. Jadi saya rasa dia yang paling sesuai dan tahu apa yang saya mahu.

Jampi ini citarasa muzik saya dicampur olahan Ezra. Banyak lagi projek yang akan kami bekerjasama,” katanya kepada ProjekMMO.

Ezra yang sebelum ini sinonim dengan penyanyi Faizal Tahir, memilih Hael mencipta Jampi dan beberapa lagu lain. 

Azhael semasa membuat persembahan di pentas separuh akhir Muzik-Muzik tahun lalu. — Foto oleh Yusof Mat IsaAzhael semasa membuat persembahan di pentas separuh akhir Muzik-Muzik tahun lalu. — Foto oleh Yusof Mat IsaHael, nama popular Hal Husaini Azmi pada Februari mengumumkan tiada lagi kerjasama bersama Azhar menerusi Azhael.

Bintang Akademi Fantasia 2013 itu berkata Azhael dibubar bukanlah kerana perselisihan faham di antara mereka berdua.

“Kami sudah tidak bersama lagi. Kalau ada apa-apa program, ia akan menjadi Azhar dan Hael. Azhael dibubarkan adalah keputusan pengurusan bersama. 

“Tahun ini pun kami mahu lebarkan sayap. Azhar lebih kepada bidang lakonan dan saya lebih kepada penciptaan lagu dan menyanyi.

“Kami tiada masalah kerana kami sudah saling memahami sejak zaman sekolah. Azhar banyak tawaran berlakon sampai ke tahun ini.

“Kami berasa tidak mahu sekat rezeki sesiapa jadi dia buat kerja dia dan saya dengan kerja saya,” katanya.

Mengulas kejayaan Jampi, Hael berkata lagu itu tercipta di awal pagi secara tidak sengaja. 

Katanya, lagu berikutnya akan menyusul namun ia akan diterbitkan selepas populariti “Jampi” menurun.

“Bila saya buat lagu itu pada tiga pagi, ia mulanya sekadar mainan tetapi kemudian saya terjumpa dengan melodi yang sesuai dengan jiwa saya.

“Agak makan masa tetapi kualiti yang penting. Saya banyak mengkaji muzik era lepas dan digabung dengan muzik segar supaya ia diterima ramai.

“Kisah lagu itu tentang orang yang pandai manipulasi keadaan. Dia sukakan seseorang tetapi malu sebaliknya dia membuatkan orang itu pula suka padanya.

“Saya sudah sedia tiga demo untuk lagu baharu tetapi saya lihat dulu prestasi Jampi sebab ia akan menjadi lagu tema drama,” katanya.

Jampi akan menjadi lagu tema drama Mencintaimu Mr Photographer lakonan Syafiq Kyle dan Hannah Delisha yang akan disiarkan bulan depan di Astro Ria.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline