Friday February 17, 2017
3:19 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

PAS bertegas enggan bekerjasama dengan PPBM selagi ia bergandingan dengan DAP dan Amanah, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang. — Foto oleh Saw Siow FengPAS bertegas enggan bekerjasama dengan PPBM selagi ia bergandingan dengan DAP dan Amanah, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang. — Foto oleh Saw Siow FengMARANG, 17 Feb ― Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengulangi pendirian tidak akan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) jika parti itu menjalin hubungan dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Katanya, keputusan itu adalah muktamad selaras dengan garis panduan yang ditetapkan PAS sebelum ini.

“Terpulang kepada dia (PPBM) untuk bekerjasama dengan DAP atau Amanah tetapi PAS ada garis panduan iaitu kita tidak bekerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan kedua-dua parti tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah di Masjid Rusila di sini.

Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini dilaporkan berkata parti itu akan mengadakan kerjasama dengan DAP susulan kenyataan Abdul Hadi yang PAStidak akan bekerjasama dengan PPBM untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14.

Abdul Hadi membuat kenyataan itu selepas Dr Mahathir berkata PPBM memberi tempoh sebulan untuk PAS membuat keputusan berhubung kerjasama kedua-dua parti tersebut.

Jawatankuasa induk bersama PPBM dan PAS sebelum ini pernah mengadakan pertemuan untuk membentuk kerjasama, persefahaman dan muafakat politik.

Sementara itu, mengulas tindakan anggota parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang kerap mengkritik kepimpinan PAS, Abdul Hadi berkata tindakan disiplin akan dikenakan jika jawatankuasa disiplin parti mendapati Mahfuz bersalah.

“Saya dimaklumkan telah ada laporan yang dibuat ke atas beliau (Mahfuz) kepada jawatankuasa disiplin parti. Kita tunggu sahaja keputusannya nanti,” katanya.

Abdul Hadi turut menasihati pemimpin dan anggota PAS yang tidak lagi sehaluan dengan perjuangan parti atau tidak dapat menerima dasar-dasar PAS agar keluar parti. ― Bernama

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline