Friday August 11, 2017
9:35 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Pemain Thailand Anuwat Chaichana (kanan) menghalang hantaran pemain Malaysia Mohamad Azlan Alias dalam satu perlawanan di Sukan Sea di Singapura 8 Jun, 2015. — Foto BernamaPemain Thailand Anuwat Chaichana (kanan) menghalang hantaran pemain Malaysia Mohamad Azlan Alias dalam satu perlawanan di Sukan Sea di Singapura 8 Jun, 2015. — Foto BernamaBANGKOK, 11 Ogos — Sebuah akhbar tempatan menuduh Malaysia memperkecilkan kehebatan Thailand dalam acara sepak takraw dengan mengehadkan jumlah acara yang boleh disertai oleh negara peserta pada temasya Sukan Sea Kuala Lumpur (KL2017).

Akhbar tempatan berbahasa Inggeris, The Nation dalam lidah pengarangnya semalam mendakwa Malaysia, selaku tuan rumah, telah meminta Thailand tidak menyertai acara berpasukan lelaki, yang dianggap acara paling penting dalam sukan itu.

“Dilaporkan, tuan rumah mendapat keistimewaan menyertai kesemua lima acara manaka negara lain dibenarkan menyertai tidak lebih daripada tiga acara,” menurut akhbar itu.

Ia berkata Persatuan Sepak Takraw Thailand telah tunduk kepada permintaan Malaysia dan akan menamakan pemain dalam tiga acara — acara berpasukan, beregu dan kuadran.

Menurut akhbar tersebut, ramai peminat sukan tempatan marah dengan tindakan itu yang dianggap berat sebelah dan menonjolkan amalan lama yang memberikan tuan rumah memiliki kelebihan berbanding negara peserta lain.

“Amalan ini akan hanya menimbulkan kemarahan negara peserta dan rakyatnya dan ia tidak akan berakhir kecuali semangat kesukanan yang sebenar dihormati,” kata akhbar tersebut.

Malaysia akan menjadi tuan rumah KL2017 dari 19 hingga 30 Ogos ini. — Bernama

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline