Friday October 7, 2016
5:38 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Sekumpulan pelajar mengelilingi ‘mayat’ di ‘lokasi jenayah’ untuk menyelesaikan satu kes ‘bunuh’ dalam teknik pengajaran bahasa Inggeris. — Foto ihsan Facebook/Raee YeohSekumpulan pelajar mengelilingi ‘mayat’ di ‘lokasi jenayah’ untuk menyelesaikan satu kes ‘bunuh’ dalam teknik pengajaran bahasa Inggeris. — Foto ihsan Facebook/Raee YeohKUALA LUMPUR, 7 Okt — Seorang guru bahasa Inggeris di Sarawak mengambil pendekatan kreatif bagi membantu pelajarnya bersedia menghadapi peperiksaan akhir tahun.

Raee Yeoh meminta pelajar Tingkatan Satu agar menyelesaikan satu kes bunuh, siap dengan topi dan rambut “mayat” di “lokasi jenayah” serta kenyataan-kenyataan suspek.

Mencari ilham daripada internet, guru lelaki ini juga menyediakan pita sekatan polis di sekeliling tempat kejadian yang kelihatan bersepah-sepah.

Lebih menarik lagi, Yeoh menyiapkan pisau gergasi dengan lumuran darah sebagai “ganjaran” ketika sesi bergambar bagi mereka yang berjaya mencari pembunuh.

Guru itu sendiri berpakaian sebagai "ketua penyiasat" yang menegur “penyiasat baru” (pelajarnya) jika mereka bertutur selain bahasa Inggeris ketika menyelesaikan misteri itu.

“Saat ini paling lucu kerana pelajar yang baik bertutur bahasa Inggeris akan bercakap bahasa ini dengan lintang-pukang agar pelajar yang lemah dapat memahaminya,” coretnya di Facebook.

'Mayat’ di ‘lokasi jenayah’ bersama petunjuk yang perlu diselesaikan oleh pelajar. — Foto ihsan Facebook/Raee Yeoh 'Mayat’ di ‘lokasi jenayah’ bersama petunjuk yang perlu diselesaikan oleh pelajar. — Foto ihsan Facebook/Raee Yeoh Beliau memuatkan beberapa keping foto ketika penyiasatan itu dibuat di sebuah makmal sekolah.

Diberikan kertas latihan, pelajar dikehendaki menulis setiap motif, alibi dan petunjuk setiap 11 suspek untuk mencari pembunuh.

Walau teknik mengajar ini sangat digemari pelajarnya, hanya satu kumpulan daripada enam kumpulan yang berjaya mencari penjenayah itu, kata Yeoh.

“Cikgu, aktiviti ini sangat bagus, tidak perlulah latihan bagi ujian, kami sanggup main macam ini tiap-tiap hari,” kata pelajarnya, seperti diceritakan di media sosial itu, kelmarin.

Yeoh berkata kemahiran menyiasat itu satu daripada beberapa asas berfikir ketika membaca dan memahami teks mata pelajaran bahasa Inggeris.

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline