Monday June 19, 2017
11:40 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Anggota bomba Petrajaya berusaha menanggalkan subang di telinga kiri seorang kanak-kanak berusia lapan tahun. — Foto ihsan Facebook/Bomba Petra JayaAnggota bomba Petrajaya berusaha menanggalkan subang di telinga kiri seorang kanak-kanak berusia lapan tahun. — Foto ihsan Facebook/Bomba Petra JayaPETRA JAYA, 19 Jun — Pasangan ibu bapa terpaksa meminta bantuan bomba untuk menanggalkan subang di telinga anak perempuan mereka.

Ketua balai bomba dan penyelamat Petra Jaya berkata anggotanya menggunakan alat khas untuk menanggal subang yang dipasang sejak empat tahun lalu.

Muhd Mirza Dzalmira Miraj berkata kerja membuka subang di telinga kiri itu mengambil masa kira-kira 10 minit, lapor Berita Harian.

“Subang berkenaan kemudiannya berjaya dibuka dari telinga kanak-kanak itu tanpa sebarang kecederaan,” katanya.

Terdahulu, pekerja kedai emas gagal menanggalkan subang tersebut dan mencadangkan ibu bapa kanak-kanak berusia lapan tahun itu meminta bantuan bomba.  

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline