Tuesday November 14, 2017
2:42 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Sebuah jentolak digunakan untuk memindahkan mangsa banjir di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 5 November 2017. — Foto oleh Sayuti ZainuddinSebuah jentolak digunakan untuk memindahkan mangsa banjir di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 5 November 2017. — Foto oleh Sayuti ZainuddinGEORGE TOWN, 14 Nov — Warga Pulau Pinang yang menjadi mangsa banjir baru-baru akan mendapat bantuan tunai RM700, umum Ketua Menteri Lim Guan Eng. 

Jumlah ini ditambah RM200 lagi daripada angka yang dijanjikan sebelum ini, kata beliau dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN). 

Ia ditampung oleh derma orang ramai dalam programme Pulau Pinang Bangkit yang berjaya mengumpul, setakat ini, RM9.6 juta. 

Dalam banjir kilat 15 September lalu, Lim mengumumkan bayaran RM400 untuk setiap isi rumah yang dilanda bencana tersebut. 

Hujan lebat dan angin kencang kira-kira seminggu lalu menyebabkan ribuan orang terpaksa dipindahkan di bahagian pulau dan Seberang Perai. 

Di saat bencana itu memuncak pada awal pagi 5 November lalu, Lim sendiri meminta bantuan persekutuan dan Angkatan Tentera Malaysia. 

Baca seterusnya di Malay Mail Online.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline