Tuesday November 14, 2017
1:18 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Sebanyak 22 papan iklan terbalik dipasang di beberapa lebuh raya bagi menarik perhatian ramai. — Foto ihsan Facebook/Viral Terbaik Malaysia Sebanyak 22 papan iklan terbalik dipasang di beberapa lebuh raya bagi menarik perhatian ramai. — Foto ihsan Facebook/Viral Terbaik Malaysia KUALA LUMPUR, 14 Nov — Pemasangan papan iklan terbalik di lebuh raya menjadi gimik baru pemasaran produk.

Sebanyak 22 iklan itu dipasang berperingkat sekitar Lembah Klang, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Perak sejak minggu lalu, lapor mStar Online.

Pengarah Urusan Bot Industries Internasional Sdn Bhd berkata idea itu, yang disangka tersilap pasang dan menular di internet, dibuat atas faktor lambakan iklan.

Syukor Majid, 29, berkata iklan produk minuman tambahan untuk penjagaan kulit keluaran syarikat berkenaan, membuatkan pemandu lebih “buka mata”.

“Apa yang saya buat adalah dengan menterbalikkan iklan tu saja. Mungkin nampak biasa, tapi (iklan terbalik) dah kira idea lainlah tu untuk mencuri perhatian,” katanya.

Beliau turut menyediakan kos tambahan dan jentera jika diarah memasang semula papan iklan  tersebut.

“Setidak-tidaknya dalam masa sebulan ini, produk saya dah terkenal,” katanya.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline