Monday April 24, 2017
1:59 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

PKR dan DAP perlu bertanding di kerusi yang mereka wakili pada 2013 bagi mengelak pertembungan tiga penjuru, kata Mohd Khairuddin Aman Razali. — Foto oleh Yusof Mat IsaPKR dan DAP perlu bertanding di kerusi yang mereka wakili pada 2013 bagi mengelak pertembungan tiga penjuru, kata Mohd Khairuddin Aman Razali. — Foto oleh Yusof Mat IsaSHAH ALAM, 24 April — PAS didakwa “bongkak dan cemas” apabila menggesa parti lain tidak bertanding 80 kerusi parlimen yang ingin ditandingi parti itu.

Bekas naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyifatkan gesaan Dewan Ulama partinya, demi mengelak pertembungan tiga penjuru, meliarkan pengundi, lapor Sinar Harian.

Mengulas kenyataan Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali, beliau mengingatkan PAS tidak menang atas undi ahli sahaja tetapi juga pengundi propembangkang.

“Ahli tegar PAS mungkin akan rasa seronok. Tetapi PAS kena ingat yang kemenangan PAS terdahulu bukan bergantung kepada undi dan sokongan ahli PAS semata-mata,” kata Mahfuz.

Mohd Khairuddin, ketua penerangan Dewan Ulama, membuat gesaan itu agar PAS mendapat laluan untuk bersaing dengan Umno.

Semalam, beliau menggesa PKR dan DAP bertanding di kerusi yang pernah dipertaruhkan pada pilihan raya umum 2013.

Mahfuz, lantang menggesa PAS bersama pembangkang walau suaranya makin terasing, terus menggesa parti itu berunding dengan Pakatan Harapan.

“Bertanding tidak sampai 80 kerusi dahulu pun PAS tidak pernah menang,” kata ahli parlimen Pokok Sena.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline