Tuesday December 13, 2016
6:45 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Beribu-ribu teritip jenis 'gooseneck barnacles' menutupi sebatang kayu di pantai Muriwai dekat Auckland, New Zealand sehingga kelihatan ganjil dan menakutkan. ― Foto ihsan Facebook/Melissa Doubleday Beribu-ribu teritip jenis 'gooseneck barnacles' menutupi sebatang kayu di pantai Muriwai dekat Auckland, New Zealand sehingga kelihatan ganjil dan menakutkan. ― Foto ihsan Facebook/Melissa Doubleday LONDON, 13 Dis ― Objek misteri yang dipenuhi teritip di pantai Muriwai dekat Auckland, New Zealand bukan “gergasi laut” atau “makhluk asing” seperti tanggapan sesetengah pihak. 

Pakar percaya objek panjang itu, yang menarik perhatian warga internet sejak dimuatkan di Facebook 10 Disember, sejenis kayu yang dipenuhi hidupan laut tersebut, lapor Daily Mail.

Persatuan Sains Marin New Zealand berkata mereka “hampir pasti berdasarkan imej tersebut” ia sekeping kayu hanyut yang diliputi hidupan tersebut, lapor The Timaru Herald pula.

Objek pelik itu dikongsi Melissa Doubleday di media sosial tersebut selepas menemui terdampar di pantai tersebut ketika memandu. 

Ia dihanyutkan ke pantai, dipercayai susulan kejadian gempa di negara tersebut bulan lalu.

Beribu-ribu teritip jenis 'gooseneck barnacles' menutupi sebatang kayu di pantai Muriwai dekat Auckland, New Zealand. ― Foto ihsan Facebook/Melissa DoubledayBeribu-ribu teritip jenis 'gooseneck barnacles' menutupi sebatang kayu di pantai Muriwai dekat Auckland, New Zealand. ― Foto ihsan Facebook/Melissa DoubledayIngin tahu objek ganjil itu, wanita tersebut memuatkan tiga keping foto di Muriwai & Waimauku Area Community Group dengan harapan dapat menemui jawapannya. 

“Hanya ingin tahu jika ada sesiapa tahu apa ini?” tulisnya. Coretan itu mengundang pelbagai spekulasi, termasuk gergasi laut atau makhluk asing. 

Beribu-ribu teritip jenis “gooseneck barnacles” dengan kulit putih dan badan panjang lagi lembik itu menutupi kayu tersebut sehingga kelihatan ganjil dan menakutkan. 

Walau kelihatan mengerikan, lapor portal United Kingdom itu, ia tidak membahayakan manusia. 

Malah di Portugal dan Sepanyol, teritip ini dijadikan makanan eksotik yang mahal dengan harga US$500 (lebih RM2,200) setiap kilogram kerana sukar dikutip. 

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline