Sunday August 13, 2017
4:51 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Orang ramai keluar dari Menara Kastam Johor selepas gegaran berlaku pagi tadi. -- Foto ihsan Facebook/Info Roadblock JPJ/PolisOrang ramai keluar dari Menara Kastam Johor selepas gegaran berlaku pagi tadi. -- Foto ihsan Facebook/Info Roadblock JPJ/PolisJOHOR BARU, 13 Ogos — Bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Menara Kastam Johor di sini dilaporkan bergegar akibat gempa bumi di selatan Sumatera pagi ini.

Kedua-dua bangunan itu antara tertinggi di Larkin berdepan kesan gegaran gempa bumi 6.4 skala Richter, pada 11.23 pagi, lapor Harian Metro.

Kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia menyebut gempa bumi kuat berlaku pada 11.08 pagi, iaitu 78 kilometer dari barat daya Bengkulu, Indonesia.

Ia berpusat di koordinat 4.0 selatan dan 101.4 timur di selatan Sumatera, dan berkedudukan 363 kilometer dari barat daya Pontian, Johor.

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline