Monday April 17, 2017
6:24 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Video Datuk Muhammad Saiful Muhamad Ali (kiri) di Facebook dan Instagram mendapat lebih 300,000 tontonan. — Foto ihsan Instagram/Datuk Saiful Video Datuk Muhammad Saiful Muhamad Ali (kiri) di Facebook dan Instagram mendapat lebih 300,000 tontonan. — Foto ihsan Instagram/Datuk Saiful PETALING JAYA, 17 April — Gaya hidup “mewah” seorang Datuk muda berusia 21 tahun, khususnya ketika menyambut ulang tahun hari lahir, menarik perhatian ramai.

Video Datuk Muhammad Saiful Muhamad Ali di Facebook dan Instagram mendapat lebih 300,000 tontonan, lapor Star Online.

Beliau bersama seorang lelaki tua, dipercayai bapanya, berada dalam jet peribadi sebelum menaiki kereta Rolls Royce. 

Mereka berdia kemudian hadir di sebuah majlis harijadinya yang menampilkan persembahan muzik dan tarian di depan ramai hadirin.

Berdasarkan fotonya di media sosial, Muhammad Saiful dilapor menerima Darjah Indera Mahkota Pahang pada 2015.

Menurut akaun Facebook, beliau seorang pengarah beberapa perniagaan, antaranya logam terbuang, kedai serbaneka, cuci kereta dan studio rakaman.

 

It's Been A Year 😍 Still Proud Of It And Goose Bumps When I Think Over Of It 🌹

A post shared by DATO SA1FUL (@dato_saiful) on

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline