Tuesday March 21, 2017
5:05 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Rokiah berkata ramai graduan memilih pekerjaan sehingga menganggur, sedangkan ada banyak pekerjaan boleh dilakukan termasuk memandu treler. — Foto ihsan Facebook/Rosalekka SalimRokiah berkata ramai graduan memilih pekerjaan sehingga menganggur, sedangkan ada banyak pekerjaan boleh dilakukan termasuk memandu treler. — Foto ihsan Facebook/Rosalekka SalimKUALA LUMPUR, 21 Mac — Demi menghormati hari Jumaat, seorang pemandu treler wanita memakai baju kurung boleh meraih pendapatan sehingga mencecah RM7,000 sebulan.

Ibu tunggal, Rokiah Salim, 51, mengakui kerajinan menjanjikan pendapatan lebih kerana kerja itu “tiada gaji asas kecuali elaun makanan, komisen dan bonus”, lapor Harian Metro.

“Kerja saya hanya ambil kontena yang turun dari kapal di pelabuhan Pulalu Pinang dan dihantar ke depoh untuk dibaiki sekurang-kurangnya 150 trip dalam sebulan.

“Pendapatan sekurang-kurangnya RM4,000. Kalau rajin boleh cecah RM6,000 hingga RM7,000. Dulu saya pernah bekerja kilang 18 tahun.

“Kerja dulu lebih susah kerana selalu tertekan terutama apabila majikan marah, tetapi kerja bawa treler lebih mudah dan pendapatan agak tinggi,” katanya.

Sejak videonya berkongsi pengalaman membawa treler tular di media sosial, ibu tunggul dua anak itu menepis tanggapan kerjaya memandu treler hanya untuk kaum lelaki sahaja.

“Wanita sebenarnya lebih cermat memandu treler sama seperti bawa kereta. Dalam kelembutan wanita, pasti mereka juga boleh memandu treler.

“Cuma anak muda kita selalu dimomokkan kononnya kerja memandu treler bahaya. Sebenarnya tak teruk dan bahaya pun.

“Ramai graduan memilih pekerjaan sehingga menganggur, sedangkan ada banyak pekerjaan boleh dilakukan termasuk memandu treler.

“Cuba dulu, jangan asyik mengharap duit ibu bapa,” katanya, yang memohon keizinan Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk berbaju kurung pada setiap Jumaat. 

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline