Last updated Tuesday, December 06, 2016 9:58 pm GMT+8

Tuesday November 29, 2016
8:53 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Maria menerima ugutan dalam nota yang tertulis ‘Last Warning, If Not R.I.P Marina & Family’ beserta sampul surat mengandungi sebutir peluru berukuran 0.45mm yang diletakkan atas meja di pejabatnya di Petaling Jaya.Maria menerima ugutan dalam nota yang tertulis ‘Last Warning, If Not R.I.P Marina & Family’ beserta sampul surat mengandungi sebutir peluru berukuran 0.45mm yang diletakkan atas meja di pejabatnya di Petaling Jaya.KUALA LUMPUR, 29 Nov — Mahkamah Tinggi hari ini membatalkan permohonan habeas corpus difailkan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah, berhubung penahanannya mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Nordin Hassan membuat keputusan itu selepas mendapati mahkamah tidak mempunyai keperluan untuk mendengar permohanan itu berikutan Maria telah dibebaskan daripada tahanan Sosma semalam.

Katanya, mahkamah juga tidak mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan merit dalam permohonan itu kerana responden tidak mengemukakan sebarang affidavit jawapan berhubung permohonan Maria, apatah lagi membuat keputusan terhadap ganti rugi seperti yang dipohon peguam.

“Oleh yang demikian, permohonan untuk habeas corpus dibatalkan,” katanya yang turut memaklumkan mahkamah menerima surat daripada penasihat undang-undang Kementerian Dalam Negeri berhubung pembebasan Maria, semalam.

Terdahulu, peguam Gurdial Singh Nijar, yang mewakili Maria, dalam hujahannya berkata walaupun Maria telah dibebaskan, pihaknya tetap mempersoalkan sama ada penahanan itu salah di sisi undang-undang atau sebaliknya dan turut memohon ganti rugi berhubung penahanan anak guamnya di bawah Sosma.

Peguam Kanan Persekutuan, Mohammad Al-Saifi Hashim mewakili semua responden, dalam hujahannya berkata permohonan habeas corpus itu tidak lagi menjadi isu dan menjadi akademik kerana pemohon telah dibebaskan.

“Isu berhubung ganti rugi harus dibuktikan dan bukan hanya dikemukakan melalui afidavit,” katanya.

Maria, 60, memfailkan habeas corpus itu pada 22 November lepas, dengan menamakan Ketua Unit Siasatan Jabatan Jenayah Terkelas di Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Supt Tham Lai Kuan; Ketua Polis Negara; Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.

Maria memohon perintah agar beliau dibebaskan serta-merta, dibawa ke mahkamah sepanjang perbicaraan permohonan itu, tidak ditangkap atau ditahan semula atas alasan atau berkaitan serta tidak dikenakan sebarang sekatan di bawah Sosma.

Anak sulung Maria, Azumin Mohamad Yunus, 23, dalam afidavit sokongannya, berkata ibunya ditangkap ketika beliau berada di pejabatnya di Blok A, Pusat Perniagaan 8 Avenue, Petaling Jaya, pada 3.10 petang 18 November sehari sebelum perhimpunan Bersih 5.0 pada Sabtu lepas.

Sementara itu, Maria, yang hadir di mahkamah, memberitahu pemberita bahawa beliau akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu secepat mungkin.

Katanya beliau ada menerima ugutan dalam nota yang tertulis “Last Warning, If Not R.I.P Marina & Family” beserta sampul surat mengandungi sebutir peluru berukuran 0.45mm yang diletakkan atas meja di pejabatnya di Petaling Jaya.

Katanya, beliau akan membuat laporan polis berhubung ugutan itu. — Bernama

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline