Last updated Saturday, December 10, 2016 10:51 am GMT+8

Friday December 2, 2016
11:44 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kes Ku Chin Wah di akhir pendakwaan. — Foto oleh Yusof Mat IsaPihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kes Ku Chin Wah di akhir pendakwaan. — Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 2 Dis — Mahkamah Sesyen mengeluarkan perintah membela diri terhadap Datuk Ku Chin Wah kerana gagal mengisytiharkan segala punca perolehan harta yang dimiliki tiga tahun lalu.

Hakim Sohaini Alias membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Budiman Lutfi Mohamed berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan, lapor portal Berita Harian.

Sohaini juga membenarkan permohonan pendakwaan untuk meminda pertuduhan dengan menambah 'dengan sengaja “sebelum ayat” telah gagal mematuhi terma notis pendakwaraya di bawah Seksyen 49(1) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (Amlatfa) 2001 bertarikh 23 Disember 2013'.

Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur itu yang kini bertugas sebagai Urus Setia JSJ Bukit Aman didakwa gagal mengisytiharkan segala punca perolehan di dalam penyataan bertulis dengan bersumpah bertarikh 8 Januari 2014.

Chin Wah didakwa mengikut Seksyen 49(3) Amlatfa yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.

Beliau yang diwakili peguam Datuk Geethen Ram Vincent didakwa melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Blok D6 Putrajaya antara 23 Disember 2013 dan 21 Januari 2014.    

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline