Saturday September 3, 2016
4:18 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Sharifah Amani dan Zahiril Adzim masing-masing membawa watak Dara dan Uda dalam filem mengisahkan OKU terjebak dalam dunia dadah. — Foto ihsan Instagram/Grand BrillianceSharifah Amani dan Zahiril Adzim masing-masing membawa watak Dara dan Uda dalam filem mengisahkan OKU terjebak dalam dunia dadah. — Foto ihsan Instagram/Grand BrillianceKUALA LUMPUR, 3 Sept — Tayangan filem Pekak tidak diluluskan di negara jiran Brunei atas alasan ia tidak mengandungi unsur pendidikan dan mempunyai pengaruh buruk.

Filem itu memberi pengaruh tidak baik kerana memaparkan babak menghisap dan menjual dadah, pergaulan bebas, keganasan dan wanita menghisap rokok, kata Brunei.

“Ia mengecewakan kerana ‘Pekak’ berpotensi dan diterima di negara lain tetapi tidak di negara jiran,” kata seorang pengurus besar Primeworks Distribution seperti dilapor Harian Metro.

Marini Ramlan berkata walaupun kecewa pihaknya tetap akur dengan keputusan Brunei. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Brunei menyatakan alasan itu dalam suratnya, 23 Ogos.

 

“Kami terpanggil memberi kenyataan berikutan ada peminat dari negara itu bertanyakan mengapa filem ‘Pekak’ sepatutnya ditayangkan semalam [Khamis] tidak ada di pawagam,” jelas Marini lagi.

Tambahnya, pihaknya masih berusaha memastikan ‘Pekak’, mengisahkan nasib orang kelainan upaya (OKU) pekak, dapat ditayangkan di Brunei kerana ia boleh menjejaskan kutipan tiket.

Pada masa sama beliau berharap filem arahan Khairul Azri Mohd Noor, lebih dikenali Kroll Azry, dapat ditayangkan di Singapura.

Filem terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd dan Lightbulb Pictures dibintangi Zahiril Adzim, Sharifah Amani, Iedil Putra, dan Sharifah Sakinah.

Ia mengisahkan Uda (Zahiril), seorang pekak, yang terjerumus dalam dunia dadah dan masalah sosial bagi menampung kos pembedahan koklea agar dapat mendengar semula.

Pada masa sama Uda jatuh cinta kepada Dara, remaja yang mendambakan kasih sayang ibu bapa, lakonan Sharifah Amani.

“Pekak” baru-baru ini menang dua anugerah Festival Filem Antarabangsa Motivasi di Rostov-on-Don, Russia.

Kroll Azry memenangi anugerah skrip terbaik, manakala Zahiril memenangi pelakon lelaki terbaik.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline