Last updated Friday, December 09, 2016 9:54 am GMT+8

Wednesday October 19, 2016
4:19 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Faye Kusairi menyatakan bukan niatnya menghina wartawan tetapi mengharapkan laporan lebih adil ke arah perdamaian. — Foto ihsan Instagram/Faye KusairiFaye Kusairi menyatakan bukan niatnya menghina wartawan tetapi mengharapkan laporan lebih adil ke arah perdamaian. — Foto ihsan Instagram/Faye KusairiKUALA LUMPUR, 19 Okt — Pelakon Faye Kusairi memohon maaf selepas melampiaskan geramnya melalui tweet dengan melabel media “bodoh” dan suka “provokasi”.

Pelakon berusia 29 tahun itu, yang bercinta dengan pengarah Azmi Hatta, mengulas berita kenyataan kekasihnya berhubung bekas isteri Elly Mazlein semalam.

Faye menjelaskan bukan niatnya untuk menghina wartawan tetapi beliau mengharapkan penulisan yang lebih adil dalam usaha menjernihkan keadaan mereka bertiga.

“Saya memohon maaf kepada anda dan warga media jika apa yang saya tulis diambil luar konteks.

“Bukan niat saya berkata begitu sebagaimana yang pernah dilemparkan Elly Mazlein.

“Saya mahu semua ini dihentikan — pengakhiran kepada penghinaan, tuduhan tidak masuk akal dan fitnah,” katanya dalam satu kenyataan kepada ProjekMMO hari ini.

Pelakon drama “Pujaan Hati Umi” melalui Twitter malam tadi mengecam laporan yang ditulis media walau tidak menyebut secara khusus.

Katanya, akuan bersumpah Azmi Hatta mengandungi 20 muka surat tetapi media mengutamakan unsur sensasi.

Faye, nama popular Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, juga berkata bagi menjernihkan keadaan, beliau sedia bertemu dengan Elly. Namun terpulang kepada Elly untuk menyahut salam perdamaiannya itu, tambahnya.

“Yang banyak kirim di Instagram dan membuat provokasi adalah dia. Yang memulakan semua kekecohan ini pun, dia.

“Jadi jika dia boleh berlaku jujur kepada diri sendiri dan menjadi dewasa, mungkin semua ini dapat dihentikan,” katanya.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline