Last updated Friday, December 09, 2016 1:44 pm GMT+8

Tuesday November 29, 2016
3:16 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Faye, 29, berkata segalanya diserahkan kepada takdir dalam memastikan hubungannya bersama Azmi berakhir ke jenjang pelamin. — Foto oleh Yusof Mat IsaFaye, 29, berkata segalanya diserahkan kepada takdir dalam memastikan hubungannya bersama Azmi berakhir ke jenjang pelamin. — Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 29 Nov ― Pelakon Faye Kusairi mendakwa hubungan cintanya bersama pengarah drama Azmi Hatta masih terjalin walaupun segelintir pihak cuba menafikan.

Faye, nama popular Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi berkata hubungan percintaan mereka masih seperti dahulu namun masing-masing sibuk dengan tugas harian.

“Saya tidak tahu macam mana boleh ada cerita kononnya saya dan Azmi sudah berpisah.

“Terus-terang, kami masih berkawan rapat dan hubungan kami masih sama seperti sebelum ini.

“Saya sudah malas hendak komen isu sebegini. Kalau saya buka mulut pun, orang tetap tidak percaya dan mengecam saya,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Pelakon drama “Istikharah Cinta” pada bulan lalu mengakui berkawan rapat dengan Azmi yang juga bekas suami penyanyi Elly Mazlein.

Bagaimanapun, Faye menafikan menjadi “orang ketiga” yang meretakkan rumah tangga penyanyi itu dengan Azmi.

Faye, 29, berkata segalanya diserahkan kepada takdir dalam memastikan hubungan mereka berakhir ke jenjang pelamin.

“Buat masa ini, saya dan Azmi sibuk dengan karier seni masing-masing. Kalau ada jodoh kami, adalah. Jika ditakdirkan tiada jodoh di antara kami, saya reda.

“Fokus dan keutamaan saya sekarang untuk mengukuhkan nama dalam kerjaya seni,” beliau dilaporkan berkata.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline