Last updated Friday, December 09, 2016 5:24 am GMT+8

Wednesday October 19, 2016
7:55 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Wajah Faye Kusairi muncul empat kali dalam solat istikharah pengarah drama Azmi Hatta. — Foto ihsan Instagram/Faye KusairiWajah Faye Kusairi muncul empat kali dalam solat istikharah pengarah drama Azmi Hatta. — Foto ihsan Instagram/Faye KusairiKUALA LUMPUR, 19 Okt — Selepas bercerai dengan Elly Mazlein pada Oktober tahun lalu, Azmi Hatta mendakwa wajah pelakon Faye Kusairi muncul sebanyak empat kali dalam solat istikharahnya.

Azmi, 41, berkata gambaran Faye dalam solat istikharahnya sesuatu yang menghairankan kerana sudah lama tidak berhubung dengan pelakon drama “Pujaan Hati Umi.”

“Selepas bercerai saya terdetik untuk melakukan solat istikharah, sebagai lelaki normal sudah tentu saya mempunyai hajat untuk beristeri dan zuriat.

“Allah telah memperkenankan hajat saya. Saya dikurniakan ilham dan menampakkan wajah Faye Kusairi.

“Demi Allah selama empat hari berturut-turut saya dikurniakan bayangan yang sama. Saya berasa hairan pada awalnya kerana saya dan Faye sendiri tidak pernah bertegur sapa sekian lama,” katanya seperti dilaporkan portal mStar Online.

Kenyataan Azmi itu terkandung dalam akuan bersumpah yang ditunjukkan dalam satu sidang media petang semalam.

Pengarah drama “Cerita Cinta Kita” berkahwin dengan Elly pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika penyanyi “Usah Ditambah Bara Tersimpan” hamil empat bulan.

Sebelum Elly, Azmi pernah berkahwin dengan Wan Zolofia Wan Kassim dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

Azmi berkata walaupun sudah mengenali Faye lebih awal namun hasil istikharah membuatkannya cuba mendekati pelakon drama Bibik Bibikku selepas dua bulan bercerai dengan Elly.

“Faye [pada mulanya] tidak mahu berkawan dengan saya sehingga saya memberi bukti sudah bercerai barulah dia bersetuju,” beliau dilaporkan berkata.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline