Last updated Saturday, December 03, 2016 5:33 pm GMT+8

Tuesday November 29, 2016
5:21 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Fattah memegang tangan Neelofa kerana mahu menjaga wanita itu ekoran keadaan di lapangan terbang Brunei sesak dan tidak terkawal. ― Foto ihsan Instagram/NeelofaFattah memegang tangan Neelofa kerana mahu menjaga wanita itu ekoran keadaan di lapangan terbang Brunei sesak dan tidak terkawal. ― Foto ihsan Instagram/NeelofaKUALA LUMPUR, 29 Nov ― Memegang tangan Neelofa bukanlah sesuatu yang disengajakan tetapi demi melindungi pengacara MeleTop daripada diserbu peminat, kata pelakon Fattah Amin.

Fattah, 26, berkata kejadian yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei tidak dapat dikawal maka ia dilakukan demi melindungi Neelofa yang bertubuh kecil.  

“Kalau nak tahu ketibaan kami di Brunei disambut dengan meriah malah ramai peminat menanti kami di balai ketibaan.

“Keadaan di situ memang sesak. Walaupun ada pengawal peribadi, keadaan jadi tidak terkawal.

“Pada masa sama, saya terpaksa melindungi Neelofa daripada dihimpit peminat. Saya kasihan dengan dia apatah lagi dia bertubuh kecil.

“Kiranya apa yang hangat tersebar itu bukanlah disengajakan,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Fattah berkata biarlah takdir menentukan jika jodohnya bersatu dengan Neelofa sebagaimana yang dihajati peminat.

“Saya tahu ramai mahu kami bercinta sehingga mewujudkan akaun kelab peminat di Instagram.

“Malah setiap komen diletakkan #lofatah. Apa boleh saya katakan, doakan yang baik-baik saja,” beliau dilaporkan berkata.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline