Friday January 12, 2018
1:45 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Datuk Farid Kamil, yang positif ganja, tiba di mahkamah Petaling Jaya kira-kira 10.20 pagi sebelum dibawa di depan majistret. ― Foto oleh Hari Anggara Datuk Farid Kamil, yang positif ganja, tiba di mahkamah Petaling Jaya kira-kira 10.20 pagi sebelum dibawa di depan majistret. ― Foto oleh Hari Anggara PETALING JAYA, 12 Jan — Pelakon Datuk Farid Kamil direman empat hari atas beberapa kesalahan, termasuk menampar polis dan menggunakan dadah.

Majistret Zaki Asyraf Zubir mengeluarkan perintah reman pelakon "Anak Halal" itu bagi siasatan bawah empat seksyen berlainan bagi tiga akta.

Pelakon popular itu disiasat bawah Seksyen 323 dan 353 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis, dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya.

Dua seksyen Kanun Keseksaaan itu berhubung kesalahan menyebabkan kecederaan dan menggunakan kekuatan untuk menghalang tugas penjawat awam.

Selain kesalahan menggunakan dadah jenis ganja, Farid, 37, juga disiasat bagi tindakan tidak senonoh di balai polis.

Pada tengah hari semalam, Farid dilaporkan menampar seorang anggota polis dan seorang awam di balai polis Kota Damansara di sini.

Suami pelakon Diana Danielle, 27, juga dilaporkan berkelakuan aneh apabila berjalan sendirian tanpa baju sebelum dibawa ke balai.

Sementara itu, lapor mStar Online, Sofi Jikan berkata rakan seangkatannya itu sedang tertekan kerana berdepan pelbagai masalah peribadi dan kerjaya.

Menganggap dirinya "orang yang rapat" dan "abang," beliau berkata Farid seorang lelaki yang baik dan sedang berada dalam kemurungan.

"Dia seorang yang baik dan saya adalah antara orang yang rapat dengan beliau dan boleh dianggap sebagai abangnya," kata Sofi, 48, kepada portal itu.

"Saya sedih bila ramai yang mengecam dia dengan pelbagai tomahan sedangkan tidak tahu apa sebenarnnya terjadi, kita tidak tahu apa yang terjadi."

Beliau menyeru peminat menunggu Farid keluar dan memberi penjelasan.

Baca seterusnya di Malay Mail 

Iklan

Iklan

MMO Instagram