Last updated Friday, December 09, 2016 9:47 am GMT+8

Thursday December 1, 2016
10:08 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Penyokong Harimau Malaya bersorak ketika perlawanan separuh akhir Piala AFF menentang Vietnam pada 7 Disember 2014. FAM membatalkan perlawanan antara skuad kebangsaan dengan Myanmar pada perlawanan persahabatan di Yangon, Myanmar Disember ini ― Foto oleh Choo Choy MayPenyokong Harimau Malaya bersorak ketika perlawanan separuh akhir Piala AFF menentang Vietnam pada 7 Disember 2014. FAM membatalkan perlawanan antara skuad kebangsaan dengan Myanmar pada perlawanan persahabatan di Yangon, Myanmar Disember ini ― Foto oleh Choo Choy May

KUALA LUMPUR, 1 Dis ― Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil keputusan untuk membatalkan dua aksi persahabatan melibatkan skuad Bawah 22 (B-22) dengan pasukan B-22 Myanmar yang dijadual berlangsung di Yangon, Myanmar, Disember ini.

FAM, menerusi entri terbaru dalam twitter skuad kebangsaan, Harimau Malaysia, bagaimanapun, tidak menyatakan sebab perlawanan yang bakal diadakan pada 9 dan 12 Disember ini, dibatalkan.

Keputusan itu, bagaimanapun dipercayai bagi memboikot penindasan berterusan tentera kerajaan Myanmar terhadap penduduk etnik Islam Rohingya di utara negara berkenaan.

Isu boikot terhadap Myanmar bukanlah perkara baharu memandangkan beberapa individu dan badan bukan kerajaan di negara ini, sebelum ini mendesak kerajaan untuk memboikot kejuaraan Piala AFF Suzuki di negara berkenaan dari 20 hingga 26 November lepas.

Untuk rekod, Malaysia gagal mara ke separuh akhir Piala AFF Suzuki selepas menduduki tangga ketiga daripada empat pasukan dalam saingan kumpulan B. ― Bernama 

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline