Sunday December 3, 2017
12:11 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Musang King agak unik kali ini kerana lebih mudah didapati pada harga murah daripada pembekal, kata peniaga. — Foto BernamaMusang King agak unik kali ini kerana lebih mudah didapati pada harga murah daripada pembekal, kata peniaga. — Foto BernamaKUALA LUMPUR, 3 Dis — Seorang peniaga di sini menjual Musang King serendah RM30 sekilogram bagi memberi peluang orang ramai menikmati raja buah itu.

Zaidi Sudin berkata Musang King lebih mudah didapati pada masa ini berbanding durian jenis lain yang kurang menjadi.

“Walaupun sudah tiba musim buah namun pengeluaran belum menyeluruh kerana bukan semua kawasan pengeluar durian menuai hasil serentak.

“Apatah lagi kebanyakan durian kali ini tidak begitu menjadi apabila putiknya gugur terlalu awal disebabkan cuaca tidak begitu baik.

“Bagaimanapun, berbeza dengan Musang King, ia agak unik kali ini kerana lebih mudah didapati pada harga murah daripada pembekal.

“Ini kerana pengeluarannya banyak disebabkan ramai pekebun mengusahakannya,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Tinjauan akhbar itu mendapati Zaidi yang membuka gerai di Taman Dato Senu di sini menjual Musang King pada harga RM30 hingga RM35 sekilogram.

Manakala durian D101 dan D24 mencecah RM20 sekilogram, D2 (RM25), XO (RM30) dan Tekar (RM35).

Zaidi, 56, berkata walau Musang King dijual lebih murah daripada harga pasaran namun permintaannya masih belum memberangsangkan.

“Saya sedar pada peringkat permulaan ini, masih ramai peminat durian belum mampu beli durian sebab itu saya tidak mahu tanggung risiko dengan harga mahal.

“Namun itu pun kurang mendapat sambutan apabila saya hanya dapat jual sehari cuma empat hingga lima bakul saja,” katanya merujuk sebakul kira-kira 40 hingga 50 kilogram.

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline