Last updated Wednesday, September 28, 2016 3:05 pm GMT+8

Friday September 23, 2016
3:31 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Bapa mangsa yang membawa anaknya mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) mendakwa ini bukan pertama kali Aknishway dibuli. ― Paparan skrin GoogleBapa mangsa yang membawa anaknya mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) mendakwa ini bukan pertama kali Aknishway dibuli. ― Paparan skrin GoogleSEREMBAN, Sept 23 ― Enggan memberikan wang kepada rakan sekelas yang membulinya, mata pelajar tingkatan lima dilumur dengan ubat gigi.

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi kelmarin di sebuah sekolah di Senawang, di sini, tindakan pelajar lelaki tersebut menyebab mata Aknishway, 17, bengkak dan tidak boleh dibuka.

Bapa mangsa A. Krishnan, 64, yang membawa anaknya mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini mendakwa ini bukan pertama kali Aknishway dibuli.

“Saya terus ke hospital dan mendapati kedua-dua mata anak saya bengkak dan tidak boleh dibuka. Bila saya tanya cikgu macam mana boleh jadi macam ini, mereka tidak boleh jawab,” katanya dilapor Sinar Harian.

“Mereka selalu pukul anak saya, peras ugut minta duit, koyak beg, buku dan banyak lagi. Tak sangka pula mereka sanggup bertindak keterlaluan melumur ubat gigi ke dalam mata anak saya.

“Sekarang mata anak saya masih bengkak dan penglihatan kabur, siapa mahu bertanggungjawab.”

Satu laporan dibuat bapa mangsa di Balai Polis Jalan Campbell dan Pusat Khidmat Dun Senawang di sini semalam.

Pengarah Pendidikan negeri dalam responsnya memandang serius kejadian itu dan siasatan dalaman sedang dijalankan.

“Pihak kami merasa sedih dengan nasib menimpa pelajar berkenaan. Tindakan sewajarnya akan diambil sebaik saja siasatan selesai dan selepas laporan perubatan diterima dan diteliti,” kata Rusni Ab Jalil dilapor akhbar itu lagi.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline