Thursday September 14, 2017
8:09 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Ketua Pengarah Finas Datuk Fauzi Ayob ketika sidang media sempena Festival Filem Malaysia ke-29, 13 Sept 2017. — Foto BernamaKetua Pengarah Finas Datuk Fauzi Ayob ketika sidang media sempena Festival Filem Malaysia ke-29, 13 Sept 2017. — Foto BernamaKUALA LUMPUR, 14 Sept — Anugerah Khas Juri dan Karyawan Sepanjang Zaman akan digugurkan pada Festival Filem Malaysia Ke-29 (FFM29) yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 23 Sept ini.

Ia adalah di antara enam kategori yang tidak dipertandingkan pada FFM29 kali ini, kata Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Datuk Fauzi Ayob.

FFM29 yang menjadi medan bagi mengiktiraf pencapaian para karyawan industri dan menjulang karya-karya berkualiti tanah air juga menyaksikan 18 kategori anugerah dipertandingkan.

Fauzi berkata pada tahun ini, sebanyak 53 penyertaan filem cereka merangkumi filem Bahasa Malaysia (41), Mandarin (enam), Tamil (lima) dan Inggeris (satu).

“Fokus FFM29 kali ini bersifat 'kekitaan' sebagai satu suara di antara kerajaan, karyawan filem dan rakyat bagi bersama-sama mendukung kepada kecemerlangan dan sokongan bagi terus membangunkan industri ke tahap lebih baik selaras dengan usia 84 tahun sinema Malaysia semenjak tahun 1933,” katanya.

Fauzi yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk FFM29 berkata demikian dalam sidang media FFM29 bersama Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) di sini, semalam.

Turut hadir Pengerusi Finas Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib dan Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu ASTRO Datuk Khairul Anwar Salleh.

Mengangkat tema "Transformasi Citra Karya" FFM29 kali ini, Fauzi berkata citra karya yang dipertandingkan adalah filem-filem yang berwajah tempatan dan boleh mencapai bukan sahaja di peringkat domestik malah ke peringkat global yang mempunyai nilai universal yang tinggi.

Katanya, senarai lima calon teratas bagi setiap kategori dipertandingkan pada (FFM29 ) akan hanya diumumkan pada malam kemuncak acara berkenaan.

Malam anugerah FFM29 akan menyaksikan Zizan Razak sebagai hos utama dan digandingkan bersama tiga artis wanita iaitu Nabila Huda, Elizabeth Tan dan Siti Elizad menerusi beberapa segmen.

Malam anugerah berprestij itu akan dihiasi dengan persembahan artis popular antaranya KRU, Aisyah Aziz, Mirwana, UNIC, Atilia dan Akim & The Majistret.

Penjurian pada kali ini menjalani dua peringkat iaitu peringkat awal bermula 4 hingga 11 Sept dan peringkat kedua pada 12 hingga 19 Sept. — Bernama

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline