Last updated Tuesday, December 06, 2016 9:58 pm GMT+8

Wednesday November 30, 2016
5:42 PM GMT+8

TERKINI:
November 30, 2016
10:48 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Paparan skrin menunjukkan jambatan yang runtuh 3.30 petang tadi. Paparan skrin menunjukkan jambatan yang runtuh 3.30 petang tadi.

KUALA LUMPUR, 30 Nov ― Seorang pekerja kontrak warga Vietnam maut manakala lima lagi cedera dalam kejadian runtuhan jejambat pejalan kaki berhampiran Apartmen Abdullah Hukum di Jalan Bangsar, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, jejambat dalam pembinaan sepanjang 70m yang menghubungkan KL Eco City dengan pusat beli-belah Mid Valley, itu runtuh, menyebabkan seorang pekerja lelaki berusia 21 tahun maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Sharul Othman Mansor berkata mangsa yang cedera, terdiri daripada pekerja kontrak warga Bangladesh dan Vietnam, dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sedang mengesan seorang lagi mangsa warga Bangladesh yang dipercayai masih tertimbus dalam runtuhan itu.

“Status mangsa belum dapat dipastikan,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini.

Beliau berkata punca kejadian masih dalam siasatan.

Pasukan SAR terdiri daripada daripada pasukan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan pasukan parademik. ― Bernama

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline