Thursday November 9, 2017
4:25 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Depan bas ekspres remuk selepas merempuh belakang lori balak dekat Lipis, 9 November 2017. ― Foto ihsan Facebook/DTTBDepan bas ekspres remuk selepas merempuh belakang lori balak dekat Lipis, 9 November 2017. ― Foto ihsan Facebook/DTTBLIPIS, 9 Nov — Empat penumpang bas ekspres Mutiara cedera ringan selepas bas dinaiki mereka merempuh bahagian belakang sebuah lori balak di kilometer 42 Jalan Lipis-Merapoh Lebuhraya Centre Spine Road (CSR) di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azry Akmar Ayob berkata kejadian pada 1.45 pagi itu, dipercayai berpunca daripada pemandu bas yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Kelantan itu mengantuk.

“Pemandu yang berusia 23 tahun itu melanggar bahagian sisi kanan lori balak yang dalam perjalanan dari Jerantut ke Gua Musang.

“Mereka yang cedera dibawa ke Hospital Lipis untuk rawatan manakala 24 lagi penumpang bas termasuk pemandu kedua tidak mengalami kecederaan dan meneruskan perjalanan dengan menaiki bas ganti,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Azry Akmar berkata kedua-dua pemandu bas dan pemandu lori balak yang berusia 59 tahun itu tidak mengalami kecederaan.

Kemalangan juga menyebabkan bas itu remuk pada bahagian hadapan dan terdapat kesan pecahan aksesori bas manakala lori balak tidak mengalami kerosakan, katanya. — Bernama 

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline