Wednesday November 15, 2017
9:56 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Syamel bangkit daripada kisah lama apabila dua lagu ciptaannya bakal berentap bersama sepuluh lagu hebat lain di AJL ke-32. ― Foto-foto oleh Miera ZulyanaSyamel bangkit daripada kisah lama apabila dua lagu ciptaannya bakal berentap bersama sepuluh lagu hebat lain di AJL ke-32. ― Foto-foto oleh Miera ZulyanaSHAH ALAM, 15 Nov ― Terkandas dalam perjalanan Anugerah Juara Lagu (AJL) awal tahun ini, penyanyi Syamel bersedia andai nasib sama menimpanya sekali lagi.

Syamel, nama popular Syameel Aqmal Mohd Fodzly, berkata dua lagunya yang layak ke AJL tahun depan bagai memberi sedikit kelegaan susulan kontroversi dulu.

“Apa yang nak jadi saya tidak boleh halang cuma saya bersedia. Apa yang berlaku saya terima kerana ini liku-liku seorang penyanyi.

“Saya bersyukur kerana benda itu terjadi di peringkat awal penglibatan saya dalam industri yang lebih mematangkan saya.

“Saya sentiasa berfikiran positif dan memikirkan hikmahnya,” katanya kepada ProjekMMO selepas dua lagunya terpilih ke AJL ke-32 baru-baru ini.

Finalis AF Megastar itu menarik diri di saat akhir pentas separuh akhir Muzik-Muzik ke-31 selepas lagu yang dipertandingkan didakwa diciplak.

Menafikan menciplak “Hidup Dalam Mati”, Syamel bagaimanapun dituduh menciplak lagu ciptaan Ayai Ilusi, “Ku Kejar Bayangmu.”

Syamel (dua, kanan) bersama penyanyi yang berjaya mara ke AJL ke-32 tahun depan.Syamel (dua, kanan) bersama penyanyi yang berjaya mara ke AJL ke-32 tahun depan.Bangkit daripada kisah lama, AJL ke-32 menyaksikan dua lagu ciptaan penuh Syamel bakal berentap bersama sepuluh lagu hebat lain.

Syamel, 24, berkata menjadi harapannya untuk bekerja keras di pentas AJL tahun depan bagi membuktikan kebolehan sebenar dirinya.

“Ini pertama kali saya melangkah ke AJL. Mara ke peringkat separuh akhir membuatkan saya fobia kerana tahun lepas saya sekadar raptai sahaja. Saya tidak berkesempatan ke AJL.

“Saya pesan kepada Erni Zakri, lakukan yang terbaik dan tidak kisah apa yang terjadi. Kalau juri rasa kami layak, kami dapat.

“Ini pentas yang pertama kali saya menapak. Saya tidak tahu bagaimana jalan ceritanya. Kalau ada rezeki, saya akan buat sehabis baik.

“Kalau tiada, saya tetap akan menghasilkan lagu,” katanya mengulas hadiah besar menanti jika menang AJL ke-32.

Syamel bersama Ernie Zakri akan menyampaikan lagu 'Aku Cinta' di pentas AJL ke-32.Syamel bersama Ernie Zakri akan menyampaikan lagu 'Aku Cinta' di pentas AJL ke-32.Berikut 12 lagu yang terpilih ke AJL ke-32

1. Syamel — Lebih Sempurna

2. Syamel dan Ernie Zakri — Aku Cinta

3. Azmi Caliph Buskers — Sejati

4. Haqiem Rusli — Tergantung Sepi

5. Hael Husaini — Jampi

6. Dayang Nurfaizah — Separuh Mati Ku Bercinta

7. Altimet — Amboi

8. Hazama — Aku Yang Sebenarnya

9. Salma — Akhirnya Cinta

10. Wany Hasrita — Menahan Rindu

11. Khai Bahar — Bayang

12. Ara Johari — Warkah Untukmu  

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline