Wednesday November 8, 2017
2:54 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Banjir kilat di Alor Setar menyebabkan tiga pusat pemindahan dibuka untuk menempatkan 27 keluarga di Kota Setar dan Kubang Pasu. Jumlah mangsa banjir menurun kepada 299 orang, 8 November 2017 ― Foto ihsan Facebook/Khawarizmi Zafifah‎Banjir kilat di Alor Setar menyebabkan tiga pusat pemindahan dibuka untuk menempatkan 27 keluarga di Kota Setar dan Kubang Pasu. Jumlah mangsa banjir menurun kepada 299 orang, 8 November 2017 ― Foto ihsan Facebook/Khawarizmi Zafifah‎SUNGAI PETANI, 8 Nov — Jumlah mangsa banjir di tiga pusat pemindahan di tiga daerah di Kedah tengah hari ini terus menurun kepada 299 mangsa daripada 75 keluarga, berbanding 342 mangsa daripada 87 keluarga pagi tadi.

Pengarah Pertahanan Awam Negeri Lt Kol (PA) Mohd Zul Khairi Shamsuddin berkata, sehingga pukul 12 tengah hari tadi, dua lagi pusat pemindahan ditutup iaitu Dewan Kampung Sungai Pial, Merbok dan Surau Teluk Binu, Sidam Kanan.

“Pusat pemindahan yang masih beroperasi ialah di Dewan Taman Setia Budi, Pekula, daerah Kuala Muda, yang menempatkan 55 mangsa daripada 13 keluarga; dan di Surau Kampung Baru Jemerli, Merbau Pulas, daerah Kulim (31 mangsa, enam keluarga),” katanya.

Beliau berkata di daerah Pendang pula, satu pusat pemindahan di Dewan Rakan Sukan, Mukim Ayer Puteh, masih menempatkan 213 mangsa daripada 56 keluarga. — Bernama

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline