Thursday June 15, 2017
5:08 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Sebuah jet pejuang model Hawk 108 milik TUDM menunjukkan keupayaannya terbang serendah 150 meter dari aras tanah. — Foto ihsan Facebook/PerajuritSebuah jet pejuang model Hawk 108 milik TUDM menunjukkan keupayaannya terbang serendah 150 meter dari aras tanah. — Foto ihsan Facebook/PerajuritKUANTAN, 15 Jun — Dua juruterbang pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Hawk 108 ditemui terbunuh kira-kira pukul 2.30 petang ini.

Mayat Mejar Hasri Zahari, 31, dan Yazmi Mohamed Yusof, 39, ditemukan di kawasan berpaya di Chukai, lebih 50 kilometer dari sini, lapor Utusan Online.

Menurut portal itu, mereka dipercayai keluar daripada pesawat itu dengan menggunakan kerusi anjal pesawat sebelum ia terhempas.

Pesawat itu dilapor hilang apabila terputus hubungan setengah jam selepas bertolak dari pangkalan udara di sini pada 11 pagi.

Ia dilaporkan hilang di sempadan Terengganu dan Pahang. Namun bangkai pesawat setakat ini belum berjaya dikesan dan pencarian masih diteruskan.

Panglima TUDM berkata kedua-dua mangsa ditemui 20 meter antara satu sama lain dengan payung terjun masing-masing, lapor Berita Harian.

"Kita percaya mereka sempat menarik kerusi anjal ketika pesawat itu mula hilang kawalan," kata Jeneral Datuk Seri Affendi Buang dalam sidang media khas.

Yazmi yang berasal dari Kuala Lumpur telah berkhidmat selama 19 tahun, manakala Hasri dari Jempol, Negeri Sembilan berkhidmat sejak 13 tahun lalu.

Menurut Affendi lagi, lapor Bernama pula, keluarga Yazmi dan Hasri yang masing-masing berada di sini dan Labuan sudah dimaklumkan berhubung kemalangan itu.

Susulan itu, TUDM menggantung sementara perkhidmatan pesawat Hawk 108, berkuatkuasa serta-merta sehingga siasatan selesai.

"Saya juga telah arahkan satu badan siasatan khas ditubuhkan bagi menyiasat punca nahas pesawat," katanya.

Kali terakhir nahas udara melibatkan pesawat itu berlaku lebih 10 tahun lalu di Mersing, Johor.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline