Thursday August 18, 2016
12:50 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Tali layang-layang, yang bersalut kaca, di India mengorbankan tiga mangsa, termasuk dua kanak-kanak di Delhi baru-baru ini. ― Foto ReutersTali layang-layang, yang bersalut kaca, di India mengorbankan tiga mangsa, termasuk dua kanak-kanak di Delhi baru-baru ini. ― Foto ReutersLONDON, 18 Ogos — Dua kanak-kanak antara tiga korban terbaru akibat terkena tali layang-layang yang bersalut kaca ketika rakyat India menyambut Hari Kemerdekaan.

Dalam kejadian berasingan di Delhi, dua kanak-kanak berusia tiga dan empat tahun luka di leher terkena tali wau ketika mereka menghulur kepala dari atas kereta, lapor Daily Mail semalam.

Saanchi Goyal, 3, berlumuran darah di bahagian leher akibat terhiris tali layang-layang sewaktu menjenguk keluar dari kereta ibu bapanya pada Isnin.

Kanak-kanak perempuan itu berdiri di atas ribaan ibunya untuk melihat keluar apabila tali layang-layang, dipanggil “manjha,” terkena lehernya, lapor India Today.

Bapanya Alok Goyal, yang sedang memandu, dan ibunya pada awal menyangka anak mereka menjerit kegembiraan menyaksikan permainan layang-layang.

Mereka terkejut apabila anak itu jatuh terkulai ke ribaan ibunya dalam keadaan lehernya bercucuran darah.

Tali layang-layang — yang bersalut kaca digunakan untuk menjatuhkan wau lawan — masih melekat di lehernya, lapor akhbar India itu seperti dipetik Daily Mail di sini.

Ibu bapanya segera berkejar ke hospital terdekat tetapi Saanchi disahkan meninggal dunia.

Dalam insiden lain, lapor Huewire, budak lelaki yang dikenali Harry luka teruk di leher akibat tali layang-layang ketika keluarganya dalam perjalanan pulang daripada membeli-belah.

Manakala dalam kejadian ketiga, mangsa Zafar Khan, 22, maut dengan kesan kelar di leher ketika sedang menunggang motosikal di atas jalan jejantas.

Susulan itu, India melarang penjualan, penyimpanan dan penggunaan “manjha China,” tali layang-layang jenis nilon yang disaluti kaca atau besi bagi menjadikannya lebih tajam.

Sesiapa yang didapati menyimpan atau menggunakan tali berbahaya itu boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun atau denda 100,000 rupee (RM6,027), lapor AFP pula.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline