Tuesday June 20, 2017
1:15 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Mamat Khalid kecewa lantaran telefilem berjudul 16 Puasa bocor di internet tetapi berbangga dengan sambutan penonton. — Foto ihsan Facebook/Mamat KhalidMamat Khalid kecewa lantaran telefilem berjudul 16 Puasa bocor di internet tetapi berbangga dengan sambutan penonton. — Foto ihsan Facebook/Mamat KhalidKUALA LUMPUR, 20 Jun — Mamat Khalid kecewa lantaran karya terbarunya, 16 Puasa “bocor” dan dimuat naik ke internet tetapi bangga dengan sambutan ramai.

Penerbit dan pengarah filem terkenal itu berkata karya itu untuk tontonan eksklusif pelanggan saluran Astro First Eksklusif sahaja.

Beliau juga mendapati karya itu turut dijual dalam bentuk digital cakera padat (DVD), lapor Utusan Online.

“Dalam rasa kecewa melihat karya tersebut ‘dicuri,’ sebenarnya saya bangga juga kerana 16 Puasa mendapat sambutan hangat penonton,” katanya.

Drama lakonan Sabri Yunus, Aziz M Osman dan Bell Ngasri mula ditawarkan di saluran Astro First Eksklusif pada 8 Jun lalu.

Pelbagai aksi lucu sekumpulan lelaki di sebuah kampung yang tidak berpuasa dipaparkan, selain diselitkan adegan sinis.

Mamat berkata pengurusan Astro sudah membuat laporan kepada pihak berwajib.

Beliau selaku penerbit memberi salinan karya itu kepada Astro yang bertanggungjawab memelihara hak eksklusif.

“Saya berharap dalang di sebalik insiden ini dapat diketahui dan diambil tindakan sewajarnya,” katanya.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline