Tuesday August 1, 2017
5:41 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Dr Vida menerima sekurang-kurangnya 50 emel Dr Vida menerima sekurang-kurangnya 50 emel PETALING JAYA, 1 Ogos — Pengasas produk kesihatan Qu Puteh mahu mencari calon suami yang kaya, bermata kelabu dan suka membeli belah.

Datuk Seri Hasmiza Othman, 46 atau Dr Vida menetapkan syarat itu selepas tiga kali gagal dalam perkahwinan, lapor mStar Online.

“Dia kenalah ada karakter yang saya mahukan iaitu bermata kelabu tapi ada ke calon-calon seperti itu?

“Dia juga kenalah terima diri saya seadanya. Lelaki mana yang sanggup terima kalau sekali shopping (beli belah) saya borong 14 handbag (beg tangan) terus? Pengsan lelaki tu,” katanya.

Beliau juga mensyaratkan bakal suaminya “setia, amanah, jujur, beriman, penyayang dan boleh membahagiakan dirinya dan anak-anak.”

Dr Vida menerima sekurang-kurangnya 50 emel “resume” menyatakan niat untuk memperisterikannya termasuk dari Finland dan Scotland.

“Dalam banyak-banyak resume, ada yang dari Finland dan Scotland. Tapi saya tak tengok pun lagi, takut nanti terjatuh cinta,” katanya berseloroh.

Akibat tiada persefahaman, beliau dan pasangannya Fairuz Ahmad Zainuddin, 39, bercerai di Mahkamah Syariah, Ipoh pada 7 April lalu.

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline