Last updated Thursday, April 27, 2017 1:10 pm GMT+8

Friday February 10, 2017
3:48 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Datuk Zaid Ibrahim melihat Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ‘ketua umum’ Pakatan Harapan tetapi pemimpin DAP menafikannya. — Foto oleh Yusof Mat Isa  Datuk Zaid Ibrahim melihat Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ‘ketua umum’ Pakatan Harapan tetapi pemimpin DAP menafikannya. — Foto oleh Yusof Mat Isa KUALA LUMPUR, 10 Feb — Datuk Zaid Ibrahim percaya Tun Dr Mahathir Mohamadlah pemimpin teratas pembangkang sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara. 

Hanya bekas perdana menteri itu dilihat dapat menyatukan pembangkang ketika bekas timbalannya masih meringkuk di penjara Sungai Buloh.

“Saya rasa beliaulah pemimpin [umum] sekarang. Hanya beliau pemimpin yang ada pendapat, kuat dan berpengalaman luas,” kata Zaid kepada Malay Mail Online.

“Kita sudah ada pemimpin. Ia cuma tidak diperkatakan dan diisytihar. Tetapi Mahathir pemimpin umumnya dan saya gembira.”

Namun pemimpin DAP tidak bersetuju dengan tanggapan bahawa Pakatan Harapan mempunyai “persetujuan senyap” untuk mengangkat Dr Mahathir sebagai tokoh teratas mereka.

Gobind Singh Deo, seorang ahli jawatankuasa pusat parti itu yang baru disertai Zaid, menegaskan tiada perbincangan tentang kedudukan Dr Mahathir.

“Saya rasa pelik Zaid membuat pengumuman itu sebagai anggota DAP tanpa merujuk kepemimpinan parti. Beliau sepatutnya lebih arif,” katanya kepada Malay Mail Online.

Gabungan pembangkang masih menganggap Anwar sebagai pemimpin teratas mereka dan calon perdana menteri.

Sebahagian mereka juga masih tidak selesa dengan Dr Mahathir, perdana menteri yang sering dikecam sepanjang 22 tahun pentadbirannya hingga 2003. 

Namun, apabila Dr Mahathir dan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyertai gerakan pembangkang, bekas presiden Umno ini dilihat mempunyai kekuatan dalam menentang Barisan Nasional.

Baca seterusnya di Malay Mail Online

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline