Saturday September 16, 2017
8:16 PM GMT+8

TERKINI:
September 16, 2017
09:18 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Anina berkata perjuangannya membela bangsa Melayu tidak akan terhenti walau tidak lagi bersama PPBM. — Foto oleh Saw Siow FengAnina berkata perjuangannya membela bangsa Melayu tidak akan terhenti walau tidak lagi bersama PPBM. — Foto oleh Saw Siow Feng

KUALA LUMPUR, 16 Sept ― Pengasas bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini mengumumkan peletakan jawatan selepas tidak berpuas hati dengan dasar dilaksana parti.

Anina Saadudin berkata PPBM kini sudah menyimpang daripada perjuangan sebenar apabila tidak lagi mengamalkan keadilan dan integriti dalam perjuangannya.

“Bersatu [PPBM] kini tidak lagi mendukung prinsip keadilan, ketelusan dan integriti dalam pentadbiran parti.

“Fitnah dijadikan asas membuat keputusan dan secara tidak langsung ia dihalalkan untuk kepentingan politik yang kononnya demi rakyat.

“Parti ini ditadbir dengan buruk namun berselindung di sebalik nama negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.

Anina berkata perjuangannya membela bangsa Melayu tidak akan terhenti walau tidak lagi bersama PPBM.

Katanya, satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan diumumkan tidak lama lagi bagi meneruskan perjuangan membela rakyat.

“Pesanan Tun kepada saya supaya terus bercakap benar walaupun tidak disukai orang lain.

“Walaupun hari ini kata-kata saya tidak disukai oleh Tun sendiri, saya akan terus bersuara untuk kepentingan rakyat.

“Bukan untuk kepentingan mana-mana individu,” beliau dilaporkan berkata.

Sementara itu, Setiausaha Agung PPBM hari ini menyatakan parti itu bersetuju menerima peletakan jawatan Datuk Hamidah Osman sebagai naib presiden dan ketua penaja bahagian Gopeng berkuatkuasa hari ini.

Datuk Dr Shahruddin Md Salleh berkata PPBM menghormati keputusan Hamidah dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas sumbangannya terhadap parti itu selama ini.

“Kami mendoakan agar Hamidah akan terus maju jaya dan terus memberikan sokongan terhadap perjuangan menolak kebatilan dan menegakkan kebenaran,” kata Shahruddin dalam satu kenyataan. 

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline