Thursday September 7, 2017
5:45 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Tun Dr Mahathir Mohamad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 6 September 2016. Pada pendengaran RCI, Anwar mengesahkan Mahathir dimaklumkan mengenai aktiviti urus niaga mata wang asing. — Foto ihsan Lawyers for LibertyDatuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Tun Dr Mahathir Mohamad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 6 September 2016. Pada pendengaran RCI, Anwar mengesahkan Mahathir dimaklumkan mengenai aktiviti urus niaga mata wang asing. — Foto ihsan Lawyers for Liberty

PUTRAJAYA, 7 Sept ― Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah mengeluarkan “sebarang arahan” berhubung urus niaga mata wang asing walau menyedari potensi kerugian, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam prosiding suruhanjaya siasatan diraja (RCI) kerugian itu hari ini, bekas menteri kewangan itu berkata Dr Mahathir tidak ada membuat arahan sama ada menghentikan atau meneruskan urus niaga.

Bekas timbalan perdana menteri itu mengesahkan Dr Mahathir dimaklumkan oleh pegawai Kementerian Kewangan mengenai aktiviti urus niaga dan potensi kerugian, atas arahannya.

Bekas ketua setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Clifford Francis Herbert sebelum ini mendakwa sudah memaklumkan kepada Dr Mahathir mengenai kerugian berkenaan.

Anwar mengesahkan perkara itu dalam RCI hari ini.

“Saya mengarahkan Clifford menyediakan laporan dan menjelaskan kepada Dr Mahathir berhubung perkara itu.

“Dr Mahathir tidak memberi sebarang arahan sama ada meneruskan urus niaga atau tidak,” katanya.

Clifford yang memberi keterangan kepada RCI minggu lalu berkata Dr Mahathir “tiada perbezaan” apabila ditaklimatkan mengenai kerugian urus niaga mata wang asing.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline