Friday April 21, 2017
6:46 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Meluahkan rasa geramnya, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menulis puisi berhubung isu pendakwah dan penyembah lembu. — Foto oleh Choo Choy MayMeluahkan rasa geramnya, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menulis puisi berhubung isu pendakwah dan penyembah lembu. — Foto oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR, 21 April — Mufti Perlis mengecam hasrat pihak “yang mempertuhankan lembu” agar “penceramah kita” diserah kepada “kerajaan zalim”.

Namun Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tidak menyebut pihak yang dimaksudkan dalam puisinya yang disiarkan di Facebooknya hari ini.

Beliau juga menyifatkan penganut agama kasta itu di negara ini tidak bersyukur, sebaliknya “berpakat membuat angkara.”

“Apabila yang mempertuhankan lembu bersatu, lantas menyeru agar pendakwah kita dibelenggu, mahu diserahkan kepada kerajaan zalim menyembah api dan penganut sati,” coretnya.

Selepas mengecam penganut agama itu, Mohd Asri mengingatkan agar penduduk negara ini tidak berdiam sahaja kerana “toleransi dan kesabaran ada hadnya”.

Baca seterusnya di Malay Mail Online.

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline