Last updated Thursday, September 29, 2016 11:56 pm GMT+8

Friday September 23, 2016
3:01 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Dr Che Ghazali Che Awang menunjukkan rampasan daun ketum seberat 181 kilogram yang cuba diseludup ke Langkawi 4 Julai 2016. — Foto BernamaKetua Polis Daerah Langkawi Supt Dr Che Ghazali Che Awang menunjukkan rampasan daun ketum seberat 181 kilogram yang cuba diseludup ke Langkawi 4 Julai 2016. — Foto BernamaJERANTUT, 23 Sept — Daun ketum tidak wajar diletakkan dalam senarai Akta Dadah Berbahaya 1952 walaupun ada kesan buruk jika disalah guna, kata Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia (Perdim).

Yang Dipertuanya berkata, ketum perlu kekal dalam Akta Racun 1952 dan cadangan untuk menebang pokok ketum tidak relevan kerana tumbuhan itu memiliki nilai komersil tersendiri.

“Daun ketum akan beri kesan buruk jika disalahgunakan, bagaimanapun ia tidak wajar diletakkan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952,” kata Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail dilapor Sinar Harian.

Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) itu membandingkan kesan penggunaan dadah jenis methodone dalam perubatan yang dibenarkan kerajaan namun lebih kuat kesannya daripada ketum.

“Methodone sejenis dadah yang jauh lebih kuat daripada air ketum itu sendiri. Justeru, air ketum lebih selamat berbanding methodone.

“Namun air ketum perlu digunakan hanya untuk tujuan perubatan, tetapi sejak dahulu lagi, ia digunakan secara berlebih-lebihan kerana mengikut tradisi sesuatu kawasan seperti penyediaan air ketum untuk kenduri kahwin dan sebagainya,” katanya.

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) sebelum ini memohon kerajaan membenarkan mereka menanam dan mengeksport ketum kerana permintaan tinggi daripada syarikat farmasi luar negara.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagaimanapun melarang penanaman pokok ketum secara komersil kerana daun ketum lebih banyak memberi kesan buruk kepada kesihatan dan masalah sosial.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline