Thursday April 20, 2017
3:29 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Datuk Abd Latif Bandi dibawa anggota SPRM ke Mahkamah Sesyen bagi menghadapi pertuduhan kes hartanah bernilai RM30.3 juta, 19 April 2017. — Foto Bernama Datuk Abd Latif Bandi dibawa anggota SPRM ke Mahkamah Sesyen bagi menghadapi pertuduhan kes hartanah bernilai RM30.3 juta, 19 April 2017. — Foto Bernama KUALA LUMPUR, 20 April — Exco perumahan Johor, dituduh bersubahat melibatkan skandal hartanah berjumlah RM30.3 juta, meletakkan jawatan hari ini.

Datuk Abd Latiff Bandi didakwa bersubahat dengan Amir Shariffuddin Abd Raub di sebuah bank di Johor Baru antara 13 November 2013 hingga 19 Oktober 2016.

“Susulan daripada pendakwaan yang dibuat ke atas saya di Mahkamah Sesyen Johor Baru, semalam, saya dengan ini mengambil tanggungjawab untuk meletakkan jawatan sebagai exco perumahan dan kerajaan tempatan negeri Johor,” katanya dalam kenyataan.

Perunding itu pula dituduh menerima rasuah pada tarikh dan tempat yang sama.

Mereka didakwa menurut Seksyen 28 (1) (C) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dibacakan bersama Seksyen 16(a)(b) dan Seksyen 24 akta sama.

Baca seterusnya di Malay Mail Online

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline